Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan
anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan
agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan
anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh
anaknya.
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk
suami tetapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami
mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah
bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh
isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah
wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau
mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar
melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
4. Anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yang haram disisi Islam. Apabila ibu membuat kemungkaran
mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal
dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya
ke neraka.
Lihatla betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di
dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki
yang bergelar ayah, suami, abang atau anak harus memainkan peranan
mereka.
Imam Muda Nazrul
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
silahkan di komentari, saya masih butuh masukan kritik dan saran. trimakasih